BREAKING NEWS

AHLUL BAIT NABI SAW: KESAKSIAN-KESAKSIAN AHLUS SUNNAH, SMS +6281809556588

Sabtu, 06 Mei 2017

Syaikh Muhammad Mar'i Al-Amin Al-Antaki: Lawatan ke Iraq dan Iran


Sikap Imam Akbar Ayatullah al-Burujurdi terhadap kami

Apabila berita kesulitan hidup kami sampai kepada Sayyid Syarafuddin RH, dia mengutus surat kepada Ayatullah al-'Uzma Sayyid al-Husain al-Tabataba'i RH menerangkan keadaan kami. Lalu Ayatullah Burujurdi menolong kami. Pada hakikatnya dialah yang menyokong kami di dalam menyampaikan mazhab yang benar daripada Allah, Rasul dan itrahnya yang disucikan AS. Begitulah juga Sayyid Syarafuddin RH yang telah memainkan peranan yang tidak kurang juga pentingnya. Lantaran itu kami membuat keputusan untuk melawat Iraq dan Iran kerana sebab-sebab tertentu.


Lawatanku ke Iraq

Pada tahun 1370H/1950M, dengan taufik Allah SWT aku dapat menziarahi makam-makam yang suci di Iraq. Aku juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan para ulama dan para mujtahid yang mulia, dengan penuh kemesraan yang aku tidak dapat membayangkannya.


Bandar Baghdad

Di Baghdad aku menjadi tetamu kepada Sayyid al-Sadr, Perdana Menteri Iraq. Sepanjang aku di Baghdad, aku berjumpa dengan kebanyakan ulama di Baghdad seperti Allamah Sayyid Hibat al-Din al-Syarastani, Sayyid Ali Naqiyy al-Hadiri, Ustaz Ahmad Amin, pengarang buku al-Takamul fi l-Islam dan lain-lain.


Bandar Kazimiyyah yang mulia

Aku juga berjumpa dengan para ulama di Kazimiyyah seperti al-'Allamah Ahmad al-Kisywan, al-'Allamah al-Sayyid 'Ali al-Sadr, al-'Allamah al-Sayyid Muhammasd al-Mahdi al-Isfahani al-Kazimi, al-'Allamah Syaikh Marzah Ali Zanjani dan lain-lain.


Bandar Karbala al-Muqaddasah

Di bandar ini aku menjadi tetami kepada al-'Allamah al-Sayyid al-'Abbas al-Kasyani. Aku juga sempat berjumpa mujtahid Sayyid Mirza Hadi al-Khurasani, Mujtahid al-Sayyid al-Hasan Aghamar, Mujtahid Syaikh Muhammad al-Khatib, Mujtahid Mahdi Syirazi, Mujtahid Muhammad Ridha al-Asfahani al-Hai'ri, Mujtahid Sayyid Muhammad al-Tahir al-Bahrani, Sayyid Murtadha daripada keluarga Tabataba'i, al-'Allamah Syaikh Muhammad 'Ali daripada keluarga Sibawaih, Sayyid al-Milani, Syaikh Ja'far al-Rasyti dan lain-lain.


Bandar Najaf al-Asyraf

Di Najaf aku menjadi tetamu kepada Ayatullah al-'Uzma Sayyid al-Muhsin al-Hakim al-Tabataba'i. Semasa di Najaf aku berjumpa para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mirzah 'Abdu l-Hadi Syirazi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mahmud al-Syahrudi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abu l-Qasim al-Khu'i. Ayatullah Sayyid al-Husain al-Hamami, Ayatullah Sayyid Mirzah Agha al-Istahbanani, Ayatullah al-'Uzma Syaikh Muhammad al-Hasan al-Muzaffar, Ayatullah Syaikh Muhammad al-Baghdadi, Ayatullah Agha Bazrak al-Tahrani, Al-'Allamah 'Abdu l-Muhsin Ahmad al-Amini, Syaikh Nasrullah al-Khalkhali dan lain-lain lagi. Mereka menghormatiku sesuai dengan kedudukanku. Kemudian aku pulang dengan penuh kegembiraan.


Lawatanku ke Iran

Aku meninggalkan Iraq menuju ke Iran untuk menziarahi malam imam Ridha AS dan bertemu dengan Marja' Taqlid Ayatullah al-'Uzma Sayyid Agha Husain al-Tabataba'i al-Burujurdi. Aku berjumpa dengannya di bandar Qom al-Muqaddasah. Aku mendapatinya seorang yang tenang, mempunyai kehebatan dan keistimewaan tertentu. Dia menghormatiku sejajar dengan kedudukanku. Dan aku kembali dengan senang hati. Aku menyedari bahawa kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia Islam dan individu-individu yang masyhur datang menziarahinya. Walaupun begitu mereka tidak dibenarkan berjumpa dengannya secara terus. Ini disebabkan kesibukannya melayani urusan Muslimin. Dia telah memberi kepadaku hadiah yang sesuai dengan kedudukannya dan kedudukanku. Selamat sejahtera di hari dia dilahirkan dan selamat sejahtera di hari dia dimatikan dan selamat sejahtera di hari dia dibangkitkan.


Bandar Qom al-Muqaddasah

Sepanjang aku berada di sini, aku sempat berjumpa dengan para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah Sayyid Muhammad al-Hujjah, marja' taqlid Ayatullah Sayyid Sadr al-Din Sadr, Ayatullah Sayyid Muhammad Taqi al-Khunsari, Ayatullah Sayyid Syahabuddin Najafi al-Mar'asyi, Ayatullah Sayyid Kazim Syariat Madari, Ayatullah Sayyid Muhammad Ridha Gulpaigani, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Ruhullah al-Musawi al-Khumaini. Ayatullah Syaikh Mirzah Ahmad Isytiani, Ayatillah Syaikh Muhammad al-Ghurawi Kasyani dan lain-lain.


Bandar Khurasan

Di Khurasan aku menziarahi makam imam Ridha AS. Aku berjumpa marja' taqlid yang termasyhur Ayatullah al-'Uzma Muhammad al-Hadi al-Milani dan lain-lain. Aku begitu gembira dengan layanan dan sambutan mereka yang begitu mesra yang layak dengan kedudukanku. Aku meneruskan khidmatku untuk menyebarkan mazhab Ahlu l-Bait AS. Meskipun aku menghadapi berbagai-bagai ugutan dan tekanan yang menyedihkan. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah SWT. kerana Dia sebaik-baik wakil, sebaik-baik maula dan sebaik-baik pembantu. La haula wala Quuwata illabillahi l-'Azim.

(Ahlulbaytku/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)

Ditulis Oleh : Unknown ~ Pada Sabtu, 06 Mei 2017

Terimakasih atas kunjungan Anda serta kesediaan Anda membaca artikel kami yang berjudul Syaikh Muhammad Mar'i Al-Amin Al-Antaki: Lawatan ke Iraq dan Iran. Kritik dan saran dapat anda sampaikan melalui kotak komentar. Anda dipersilakan copy paste berita ini dengan mencantumkan url sumber : https://ahlulbaitnabisaw.blogspot.com/2017/05/syaikh-muhammad-mari-al-amin-al-antaki.html

Posting Komentar

Commet Facebook Umum ABNS

 
Copyright © 2014 AHLUL BAIT NABI SAW Powered By AHLUL BAIT NABI SAW.